Thursday, January 8, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

1. Tahun lama 2008 dah menutup tirai. 2009 dibuka dengan perasaan takut, gelisah dan dalam suasana yang tidak aman damai. Perperangan di Gaza, ekonomi yang merudum, pekerjaan yang tidak selamat dan pelbagai lagi.

2. Aku masih lagi dalam mencari cari kekuatan diri untuk menyeberang lautan tahun 2009 ini. Akan pastinya berlaku kekecohan, kemalangan dan kekurangan. Kekuatan dari segi mental dan fizikal amat diperlukan.

3. Kerugian Pertukaran forex menyebabkan aku hampir demam, putus asa dan pasrah. Kesilapan dan komunikasi yang tidak tepat menyebabkan syarikat hampir kerugian. Aku cuba membetulkan kesilapan melalui pengalaman dan juga bantuan staff. Pengalaman ini menjadikan aku seorang yang akan berhati hati pada masa depan.

4. Sesungguhnya, tuhan itu maha kaya dan bijaksana.Aku hanyalah hambaNya yang lemah dan sungguh lemah.

5. Semoga tahun baru 2009 dan 1419 akan memberi aku satu kekuatan menjadi seorang hambaNya yang berguna dan tawadduk. Insyaallah.