Monday, March 23, 2009

Politik kejap (1)

Aku perhatikan cerita politik kat Malaysia ni sungguh terhibur. Semalam bergaduh, hari ni bertengkar, esok bersalaman diselangi dengan senyuman hingga ke telinga.

NGO dan Mahathir Mohd
Dah meneriak pasal ketuanan Melayu. Kata mereka, melayu ditindas di tanah air sendiri, melayu akan pupus, melayu akan layu, melayu perlu dibantu dengan menaikan kuota DEB ke aras 60%.
Ini semua umpan-umpan supaya suara mereka didengari sebelum persidangan perwakilan umno tidak lama lagi.

UMNO
Menikam sesama sendiri. ORrang lain semuanye salah, mereka saja yang sempurna. Mesyuarat perwakilan akan berlansung tidak lama lagi, ramailah manusia yang ingin mendapatkan "easy money". Kadar sewa kedai di PWTC semasa mesyurat ni mahal nak gila, tapi keuntungan yang tinggi akan pasti. Ini kerana orang UMNO (melayu?) sudah kaya sekarang.
Di masa ni, manusia akan menjadi seekor ular bercabang. Ucapan yang berbaur racist, menuntut kemajuan bangsa, bercerita tentang bangsa, menyanyi lagu bangsa...semuanye utk bangsa.
Aku pasti, semua akan menyanyi lagu yang sama.

Tapi, aku musykil kerana:-
a) Duit2 mereka ini sungguh banyak. Mana diorang dapat peruntukan?
b) Didepan bangsa melayu, menyanyi lagu bangsa, tapi bila mendapat kerja/projek dari kerajaan, di berinye kepada bangsa lain.
c) Kebanyakan mereka yang bertanding adalah disebabkan mak bapak diorang pernah menjadi pemimpin umno. Mana muka2 baru.

PR
Baru setahun jagung memerintah 4 negeri. Dengan peruntukan dari federal disekat, Government servant tidak suka pemerintahan baru dan macam2 lagi halangan, mereka ni tetap buat dek je. Bagi aku, bagi lah peluang satu term, kalau mereka lama sangat, nanti jadi macam BN.

No comments: